.. | | | | Previous Post: Tiga Pengawal Keselamatan Ditahan, MyKad dan Lesen Palsu Dirampas Next Post: ISU SAMPAH: Dari Meja The Reporter Tebatan Sungai Perlu untuk Elak Banjir Banjir di kawasan Kg. Kuala Apas Tawau. Laporan: AL UMAR MOHD. YUSSUF. TAWAU, 17 Apr: Penduduk di beberapa perkampungan di daerah ini, terutamanya di sekitar Jalan Apas Tawau, nampaknya sekali lagi terpaksa mengeluh berikutan hujan lebat yang berterusan telah menyebabkan paras Sungai Tawau melimpahi paras tebing sekaligus menyebabkan banjir kilat berlaku, awal pagi tadi. TawauKini mendapati, antara kampung yang dilanda banjir kilat tersebut ialah Kg. Saddani, Kg. Batu 2 dan Kg. Batu 3 ½ JKR. Di Kg. Kuala Apas Batu 15 pula, sebatang jambatan yang menghubungkan kampung itu dengan Kg. Membalua, turut terputus sekaligus mengakibatkan ramai pelajar tidak dapat pergi bersekolah. Tawfiq melihat air sungai Kuala Apas yang mengalir deras akibat banjir tersebut. Ahli Dewan Undangan Negeri Apas, Datuk Tawfiq Datuk SP Abu Bakar Titingan yang difahamkan bergegas melakukan tinjauan sebaik mendapat maklumat, memberitahu TawauKini bahawa satu jalan penyelesaian konkrit perlu diambil bagi mengatasi masalah banjir berkenaan. Oleh itu katanya, beliau merayu kepada pihak kerajaan supaya mempertimbangkan segera kelulusan kerja-kerja membina tebatan banjir di Sungai Tawau, demi memastikan insiden banjir kilat dapat diatasi. Ini kerana katanya, kawasan perkampungan di sekitar Jalan Apas adalah antara kawasan yang sering dinaiki air, terutamanya sewaktu hujan lebat turun berterusan. ‘Kita harap kerajaan dapat bertindak segera demi keselesaan penduduk di kampung-kampung berkenaan,” katanya. Keadaan tempat letak kereta di sebuah rumah di Kg. Saddani Tawau. Menyentuh jambatan terputus di Kg. Kuala Apas pula, beliau meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) mengambil inisiatif mempercepatkan pembinaan jambatan konkrit di kawasan itu, memandangkan jambatan sementara yang dibina tidak dapat menampung kederasan air jika banjir berlaku. Pada kejadian banjir kelmarin ujarnya, beliau turut difahamkan bahawa ramai anak-anak penduduk yang tidak dapat ke sekolah memandangkan jalan alternatif yang sedia ada memerlukan mereka menaiki kenderaan sejauh kira-kira 10 kilometer. Dalam pada itu, Tawfiq dalam kenyataannya turut menasihatkan golongan ibubapa supaya melarang anak-anak mereka bermain air banjir, demi memastikan tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini. Jambatan Kg. Kuala Apas yang terputus akibat banjir. Tags: Banjir di Tawau, banjir kilat di Tawau, Banjir Tawau, Jalan Apas Tawau, Kampung Saddani, Kejadian Banjir di Tawau, Tawau Banjir, Tawau Banjir Lagi Posted in Berita and Isu/Masalah and Pemimpin/Wakil Rakyat and Tawau 6 days, 21 hours ago at 6:51 pm. 84 comments 84 Replies farock bukan nama sebenar Apr 17th 2009 wah…. caya.. tawaukini.com biasanya.. aksi beginie.. di TV jak ku tengok.. kali.. nie… banjir D tawau lagi… kesiam bah Gan chee chan Apr 17th 2009 Apa perancangan kerajaan untuk mengatasi banjir ni? The Reporter Apr 17th 2009 setahu saya, kerajaan patut pasang tambatan banjir. kita tunggu dalam sehari dua ini sebab YB Jimmy Wong akan bawa isu ini ke Persidangan Dun…. ahmaddon91 Apr 17th 2009 uik? banjir kawh? ndak plak haku taw.. ibu bapa harus awasi anak2x dorang… jan nnt ada kemalangan plak… Ladang sawit Apr 17th 2009 Ini la masa kerajaan melihat mcm mana keadaan kg susah ka senang ka… Kan sabah kubu kuat BN.. Jadi balas la kepercayaan penduduk sabah kepada kerajaan.. Batuladung Apr 17th 2009 Kesian bah…bencana alam kerap x t,jd,tandanya……smlm hujan.td pagi aku blk dr mncing,blh d katakan stiap sungai yg m,galir kuar dr kwasn pendalaman smua warna milo…ngeri jg,sbb b,mcm2 benda ikut hanyut.. farock bukan nama sebenar Apr 17th 2009 nie ada tips.. untuk di kongsikan kpd wartawan Tk.com dan kawan-kawan.. k etika menengok… tempat banjir.. • Pergi ke tempat tinggi dan selamat. • Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh menghanyutkan anda. • Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki.. jika tak bawa jangkar • Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh. • Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong. - lanjutanya.. bisa download link di bawah http://www.myhealth.gov.my/story_docs/alerts/PENJAGAAN%20KESIHATAN%20DAN%20PENCEGAHAN%20KECEDERAAN%20SEMASA%20BANJIR.pdf *tambahan.. JANGAN makan roti banjir.. ketika musim HUjan The Reporter Apr 17th 2009 betul tu Batuladung.. sebenarnya kita kena melihat satu perkara lagi.. bukan sahaja kelemahan tindakan yang mengakibatkan banjir tersebut tetapi juga kenapa musibah itu berlaku… Allah s.w.t mungkin ada alasan-Nya yang tertentu… achok Apr 17th 2009 ermm dengan cara menambah lagi perladangan kelapa sawit di kawasan pedalaman nda gitu ka ladang sawit? hik hik gurau yah ladang, jan ko marah yah…. makan sikit2 jak lombok untuk pembuka selera nanti, tapi cakap si ladang tu aku sangat sokonglah, kita berharap sangat dengan keperihatinan kerajaan ni, masalah ekonomi bukan tunggak alasan kerajaan untuk tidak memperdulikan kesusahan rakyat warga sabah amnya. dulu sabah ni di kenali sebagai pemangkin ekonomi malaysia di sebabkan harta kekayaan hasil buminya. tapi sekarang negeri tercorot, miskin lagi! paling sandi mereka yang duduk di area pedalaman, bila bumi tuhan sudah menampakkan amarahnya, dan betapa panasnya sang bumi akibat kelanjikan tangan manusia ni, nah ambik kau banjir besar, kemarau wabak penyakit dan lain lain. seiring itu warga nda besalah la jugak jadi mangsa ninguklah yang apa jadi. hope yb jimmy buat usulan segera yang brabis, sebab kita nda mau nanti ada antara saudara mara o keluarga yang terlibat dengan kemalngan jiwa baru mau bertindak. itu sudah terlambat. sediakan payung time rintik2. Batuladung Apr 17th 2009 Kt jgn t,lalu menunding jari pada pihak lain..muhasabah dr sndri…utk peringatan pada drKU sndri dan chaters2 d tk.com…. Ladang sawit Apr 17th 2009 Yg baik dari ALLAH.. Yg teruk2 dari kita sendiri… Menteri keja raya datang la twu lihat sendiri jambatan dan jalan raya semua sudah buruk.. Perlu pembaharuan.. Batuladung Apr 17th 2009 Jgnlah sedih2…dahlah tu,yg pntg se x,kt sntiasa b,ingat siapa PENCIPTA ALAM SEMESTA…siapa mo mkn ikan merah?angkat tgn! farock bukan nama sebenar Apr 17th 2009 betull.. sokong.. l.sawit. chok… coma yg aku tengok… org2 politik TWu nie..Kurang Berjiwa Rakyat… terutama dlm kes2 pengaliran peruntukan.. jadi suara2 sumbang kita nie.. abis di sini2 jak.. la.. yg penting X nyusahkan MEREKA… Ladang sawit Apr 17th 2009 Mana boleh suara rakyat menyusah kan dorang.. Mmg keja dorang membela rakyat.. Ndak da rakyat ndak da menteri jadi sama penting la tu kan.. kucingan Apr 17th 2009 ini bencana alam.., tp knp dr dlu dak d bt pengadang banjir.., brp puluh thn bah sdh sabah d perintah oleh BN..?? mna pembangunan untuk sabah..?? khususnya d daerah tawau.., ibarat “dah terhantuk baru nak terngadah”.., jd selama ni duit peruntukan utk pembanguan tawau lari ke mana..?? farock bukan nama sebenar Apr 18th 2009 erm… rilek ko kuncingan… aku sokong.. apa yg ko cakap tu!!… tapi si GAN lagi sokong,.. ehehhe kucingan Apr 18th 2009 kikikik.., klu c gan nmpk ni farok d tmbh nya lg tu… Ladang sawit Apr 18th 2009 Itu la pasal… Dulu orang tua kita d janji dgn kemajuan skrg kita anak2 menagih apa yg d janji.. Batuladung Apr 18th 2009 Bkn senang klu mo jd senang… Ladang sawit Apr 18th 2009 Hehehehe.. Pembangkang dalam kerajaan… kucingan Apr 18th 2009 bkn membangkng.., kasi bl apa yg dak btl.., kasi bangun dari tidur.., tu mksd kmi dgn c gan.. Gan chee chan Apr 18th 2009 Tapi BN ni x pandai bangun2,……nanti kena tsunami pilihanraya baru tau. farock bukan nama sebenar Apr 18th 2009 mau2.. sudah tu GAN… Gan chee chan Apr 18th 2009 mau………..di ……..tumbang tu,x blh dikasihani BN ni Ladang sawit Apr 18th 2009 Boleh mintak bas tambang murah ka d twu? Gan chee chan Apr 18th 2009 Tanya Kerajaan BN Ladang sawit Apr 18th 2009 Siapa menteri bahagian bas ah..Hehe. girl_68 Apr 19th 2009 ba mari kt buang undi utk menteri bas…ada calon mo btanding ka???kwang3…. Batuladung Apr 19th 2009 Lawak2,adakah menteri bas?bagus kt cdangkan menteri diesel ngan petrol, farock bukan nama sebenar Apr 19th 2009 kalau menteri PAS adalah. Cak kamu tengok GAMBIR di atas aku amat tertarikba tulisan GRAVITI di PLEBOD tu.. sungguh KREATIB org yg buat// tu ABSTRAK. Boleh pigi jauh juga tu girl_68 Apr 19th 2009 gambar ba parok..bkn gambir…huhuhu aku perasan gak grabiti 2… kali 2la d tgk ole yb Datuk Tawfiq kan… mst dlm ati nya cakak.. ble thn gak org twu nie… huhuhu… suda buat jmbtn 2 trus buat la fly over… jem gila da d apas 2 klu pg2 n pas opis hour… Batuladung Apr 19th 2009 D hiltop pun mo d buat flyover Ladang sawit Apr 19th 2009 Klu tgk ja buat apa.. YB fikir la mcm mana mo buat baru yg kukuh.. Orang kg pun boleh buat yg ok.. Klu kerajaan buat mesti lebih canggih buatan nya tu.. girl_68 Apr 19th 2009 ko x nmpk ka yb tmenung 2??mst dia pkr cmn ble banjir nie…huhuhu eh dlm sejarah dulu2 kan pernah ka tawau banjir?? aku x prnh dgr plak tau… 1st tym kan nie… erm..dunia akhir zaman…. Gan chee chan Apr 19th 2009 Di kg-kg kat jln APAS memang selalu banjir…….cuma x diambil perhatian ja girl_68 Apr 19th 2009 sll ka bnjr bsr cam ni?? klu kck2 2 ada gak aku tgk…. Gan chee chan Apr 19th 2009 S.k Kuala apas selalu ja kena banjir,….pihak berkuasa diam ja farock bukan nama sebenar Apr 19th 2009 mau Bina RUMAH KERAJAAN bedkatsk kuala APAs tu… supaya dorang rasa KEPERITANNYA.. Batuladung Apr 19th 2009 Betul tu,buatkan diorg rumah d ctu. Ladang sawit Apr 19th 2009 Ah dari dulu lagi banjir ni.. Tapi dulu mana ada kongsi maklumat yg mcm skrg (TAWAUKINI.Com).. Dulu tau2 sendiri ja dak da tempat menyalur apa2 yg kita rasa baik atau buruk sesuatu maklumat.. farock bukan nama sebenar Apr 19th 2009 ya.. nasib baik ada si THE REPORTER>.. selalu bepoya-poya di bandar TAWAU.. Kalau.. NDAK… banyak yg ndak kedapatan… jadi KATAK di kg sendiri la.. kita girl_68 Apr 19th 2009 hahaha…ui dulu lg pnts bah..internet bgrk… klu blk kg mst ada news ho t pny … tp 2 la…cerita situ2 jak d tau…. Ladang sawit Apr 19th 2009 Eya aku puji pemunya Tawaukini bagus idea nya buat satu tempat untuk semua masyarakat twu menyampaikan maklumat yg ada d daerah twu.. ( Bodek terus yg atas) hehe joke jer ya Bos. Batuladung Apr 19th 2009 Mcm pgalaman ja jd internet b,gerak…huhuhu,m,buka pekung d dada..alah sori,cabul pula…tp itu peribahasa kan.. DUN APAS Apr 19th 2009 Salam teman-teman semua, saya rasa terpanggil untuk memberi penjelasan bagi mengelakkan kekeliruan dan di kelirukan oleh komen-komen di ruang ini. Untuk mengatasi masaalah banjir di daerah Tawau, pelbagai program Jabatan Parit Dan Saliran sedang dalam perlaksanaan termasuk Pembaikan Parit Diversion di Pasir Putih, pembesaran Monsoon Drain di depan Grorich bt3 jalan Apas, pembesaran sungai Kinabutan dsb. Dalam perancangan menunggu kelulusan Kerajaan adalah Projek Tebatan Banjir Sungai Tawau bernilai Ratusan Juta Ringgit yang melibatkan pemberian pampasan pemilik tanah di sekitar tebing sungai tawau dari Taman Green, kg jalan sadani hinggalah ke kg Titingan untuk melebar dan mendalamkan sungai Tawau tersebut. Adalah di harapkan dengan pelaksanaan semua projek tersebut, masaalah banjir akan dapat di kurangkan kalaupun tidak dapat di selesaikan sama sekali. Sementara itu, jambatan yang tertera di gambar atas adalah jambatan sementara di bina oleh kontraktor sementara menunggu projek Jambatan kekal dalam pembinaan di kg kuala Apas yang di jangka siap bulan Julai 2009 bernilai lebih RM1 Juta . Masyarakat di daerah Tawau juga boleh membantu bagi mengelakkan banjir kilat melanda dengan mengamalkan budaya membuang sampah-sarap di tempat yang di tetapkan dan bukan di buang di merata tempat termasuk longkang dan sungai yang boleh menyebabkan ‘clogging’ dan memburukkan aliran air apabila hujan lebat turun. Saya juga mengalu2kan komen membina dari rakan2 semua terutama dari sahabat lama saya Gan Chee Chan dan bukan nya tuduhan2 meng’Khinzir’ Buta yang semata2 bertujuan mengelirukan rakyat jelata. Sekian dan Wassalam. farock bukan nama sebenar Apr 19th 2009 jangan ko kasi can.. mana tau dapat Hamper.. hihihh kasi semangat2 dia.. prens Ladang sawit Apr 19th 2009 Hehehe baca bawah nya ba, semua begitu orang teruz la mengelak.. Mcm mana jambatan putus tu ah.?. Batuladung Apr 19th 2009 Jambatan yg putus tu truslah d hanyutkan air ke laut…hehehehehe,dan kesukaran m,gesan kayu2nya krn separuhnya tlh d ambik oleh org kmpung buat kayu api. farock bukan nama sebenar Apr 19th 2009 kikiki ketawa ku baca komen si girl68 adakah di bilangnya YB tu tengok,,, tulisan GRAVITI yang ada di plebod (gambar atas) Ladang sawit Apr 19th 2009 Ya ka hehehe. girl_68 Apr 19th 2009 aduh ko nie ba…. org olok2 pun x phm ka..huhuhu aku nmpk gak graviti 2…. yb 2 trep2 tgk la… hew3 kucingan Apr 19th 2009 jgn d tgk2 jak datuk taufik.., btlah apa yg ptt.., klu dulu sesetgh kt tdk tau d sana selalu bnjir., nsb baik ada TK.., dpt kt mngetahui brita2 dr twu.,biar dak byk tp brita mcm ni pun memadai.., Gan chee chan Apr 20th 2009 Datuk…jgn tengok ja umum peruntukkan yang diperlukan lah girl_68 Apr 20th 2009 2la…nsb ada tk kan…klu x xtau pun pa kjadian d twu nie…huhuhu… go tk go…. kucingan Apr 20th 2009 jd klu ada peruntukan tu.., 100% d salur kan di tempat yg betul.., jgn ada menyimpang lg..,., farock bukan nama sebenar Apr 20th 2009 kalau mau kampak.. pun.. agak-agakla… ingatlah orang tersayang farock bukan nama sebenar Apr 20th 2009 yg herannya KALAU duit WAH wui.. bisa juga TEmbus.. ke akar Umbi.. tak perlu tunggu hingga esok… kucingan Apr 20th 2009 klu ku nmpk mengampak.., ku kampak.., ko pakai kampak…, Gan chee chan Apr 20th 2009 DUN APAS:Saya rasa perkara ini telah lama terjadi dan YB anda telah lama BERKHIDMAT,takkan baru nak rancang skrg? kucingan Apr 20th 2009 dlu nya tdr jak gan.., sekng br dia bgn dgn adanya TK…, nah apa ko rasa…. sang achok Apr 20th 2009 Ermmm cayalah dato’ sebab memberi penjelasan atas apa yang telah berlaku dengan komentar dan di antara para komentar yang lain, ni lah bikin aku mau puji jugak pihak admin sekali lagi. Kalau melalui pertengkaran maka cakaran kita dapat, tapi kalu melalui perbincangan yah pastilah Penyelesain yang mantap. cuma ada sedikit prasangka disini kita mau suarakan. Dato’ mengatakan projek ni melibatkan projek yang beratus juta? dan hanya beralasan mengatakan terdapatnya penghuni di tepi2 sungai?? ndakanlah hampir keseluruhan tebing sungai tu ada penghuni?? Bukankah mencegah itu lebih baik daripada merawat! patut warga ni dikejutkan lagi supaya sedar dari lena, bahawa tabiat buang sampah merata rata ni, sangat lah berbahaya. Dan disini juga kerajaan patut memainkan perananya. Menghulurkan sokongan kepada warga. Melakukan pemantauan, kempen-kempen begotong-royong, sedarkan jugak bahawa warga-warga ini tidak boleh terlalu bergantung harap daripada kerajaan semata dan sbgainyalah lagi. Bukanya menuggu dulu berlakunya bencana alam baru lah sibuk menjalankan projek sana sini yang melibatkan ratusan juta ringgit?? padahal sudah lama tebengkalai. Padahal kita pun maklum ndakan hari2 pun berlakunya banjir!. huhu lagi pelik jugak kenapa perlu jembatan di jalan apas tu sampai RM1,000,000.00?? mau pakai jembatan emas kali?? DUN APAS Apr 20th 2009 Salam teman-teman semua, Masaalah banjir memang telah lama berlaku dan kerajaan pun telah berjaya mengatasinya secara berperingkat2. Sebagai contoh kawasan Ambar Park dan Jalan Kuhara satu ketika dahulu selalu mengalami banjir tapi apabila Projek Diversion di Pasir Putih di laksanakan oleh Kerajaan,masaalah banjir Ambar Park/Jalan Kuhara telah berkurangan. Masaalah banjir di kawasan Batu 2 Jalan Apas bermula beberapa tahun yang lalu apabila pembangunan pesat berlaku di kawasan Sin Onn dan Kuhara, mengakibatkan kawasan hijau yang menyerap air hujan telah bertukar menjadi binaan dan dataran konkrit(bersimen). Akibatnya limpahan air ke sungai Tawau telah bertambah terutama di musim hujan lebat. Selaku wakil rakyat Apas saya telah membawa masaalah ini ke pengetahuan Jabatan Parit dan Saliran sejak penggal pertama saya di beri amanah memegang jawatan tersebut pada 2004. Berapa program telah pun di laksanakan dan boleh di lihat melalui papantanda Projek JPS di sekitar bt2 dan bt3 Jalan Apas. Dari perspekif seorang Jurutera, menyelesaikan masaalah seperti banjir memerlukan perancangan mengikut Fasa atas kekangan faktor seperti peruntukan yang terhad, masaalah setempat seperti keperluan memindahkan penduduk terlibat dsb nya.Sehubungan itu, Fasa seterus nya adalah Projek Tebatan Banjir Sg Tawau (Sungai Tawau Flood Mitigation Project) yang akan di pohon untuk kelulusan dalam RMK10. InsyaAllah sekira nya projek itu di luluskan untuk perlaksanaan, bersama lah kita memastikan projek itu lebih Telus, serta di laksanakan mengikut piawaian dan spesifikasi yang telah di tetapkan. Saya juga mengalu-alukan sebarang komen dari teman-teman semua untuk menambah-baik pembangunan kawasan Tawau serta kesejahteraan Rakyat . Untuk itu, selain berinteraksi di ruang TK ini saya boleh di hubungi melalui HP 0128180000 dan emel tawfiqabt@hotmail.com . Sekian dan harap maklum. girl_68 Apr 20th 2009 eh bukan ka klu tepi sg 2 tnh reserved.. bkn tnh org kan…. em…jan la mo mkonpius kan org…huhuhu… emas skg mhl ba.. 2la smpi bjuta2 kos’y 2… ahmaddon91 Apr 20th 2009 terima kasih datuk sbb ambil berat DUN APAS Apr 20th 2009 Salam Sang Achok, Terima kasih atas komen anda. Projek Jambatan merentangi Sungai Apas dan menghubungkan Kg Kuala Apas dengan Kg Membelua adalah jambatan Konkrit yang boleh di lalui oleh kenderaan sehingga bertan-tan beratnya. Jabatan yang bertanggungjawab mereka-bentuk dan mengawal-selia pembinaan jambatan tersebut adalah Jabatan Kerja Raya Sabah. Kalau anda ada masa sudi lah melawat kawasan tersebut untuk lebih memahami dan menghayati keadaan pembinaan tersebut. Tq sang achok Apr 20th 2009 salam DUN APAS. insyallah kalu tiada aral melintang, janganlah risau sang achok bukanya dari mana2 perwakilan ataupun orang2 suruhan ataupun badan2 bebas yang bergerak. cuma sang achok ni warga juga yang biasa2 tiada pangkat segala. pasal kejuruteraan bukanlah kepakaran sang achok. tapi tidak lah sejahil mana tau sikit sudahla. Mungkin ada kebenaranya sehingga melibatkan kos sedemikian rupa. tapi untuk sepasang jambatan yang dapat menghubungkan antara dua kawasan sehingga melibatkan kos sedemikian?? ermm pada sang achok agak mengejutkan jugaklah. Padahal dalam angka sedemikian kita mampu membaik pulihkan lagi beberapa kemudahan yang utama seperti air, dan sistem sumber pemakanan contohnya dalam bidang pertanian,penternakan agar dapat menampung pemintaan pengguna sekaligus menyukarkan para pembekal mengawal harga sesuka hati durang jak, di samping boleh memudahkan segelintir warga, lagi2 kemerosotan ekonomi dunia skarang ni. bukanya kita nda tahu ramai warga mengadu, kehidupan tidak seperti dululagi. banyak barang keperluan yang harganya agak memberangsangkan di pasaran! umum tahukan jambatan tu bukanya mau di gunapakai oleh lori yang beratnya sehingga beribu tan metrik tengok digambar atas pun sudah tahu macam mana saiz jambatan tersebut??. kita ada kepakaran teknologi. sekligus maksud teknologi ialah memudahkan lagi sesuatau pekrjaan tanpa melibatkan kos yang hebat2! ambil contoh jak kilang. kilang moden tidak perlukan tenaga manusia. sebab manusia tenaga berbayar, mesin tidak, lagi boleh digunapakai selama mungkin. inilah namanya teknologi tanpa melibatkan apapa kos yang hebat2! Gan chee chan Apr 20th 2009 YB DUN APAS;sebagai kawan lama saya memang mengkagumi perkhidmatan YB,walau bagaimanapun untuk menunggu peruntukkan dari RMK10 adalah terlalu lama.ini kerana RMK10 hanya akan dilaksanakan pada2011-2015,satu jangka masa yang terlalu lama.Apakah mau sampai ada kematian baru kerajaan mau melaksanakan?Saya berharap YB dapat memohon agar peruntukkan-peruntukkan untuk kepentingan RAKYAT dapat disegerakan.tq DUN APAS Apr 20th 2009 Selamat Sejahtera saudaraku Gan, Saya bersetuju dengan anda dan saya akan cuba sedaya upaya untuk memohon Projek Tebatan Banjir Sungai Tawau itu di segerakaan oleh Kerajaan. In fact, last saturday when YAB CM was here in Tawau, i mentioned to him the urgency of this project and he promised to look into the matter. BTW, anda masih lagi berkedai di Hill Top kah Gan? macam lama tak nampak di sana? DUN APAS Apr 20th 2009 Salam Sang Achok, Untuk makluman anda dan teman-teman semua, jambatan yang sedang dalam pembinaan di Sungai Kuala Apas panjang beam (besi) nya 56meter (183 kaki), lebarnya 12.5meter(41kaki) dan tinggi nya 4.7meter (15kaki) dari paras air pasang. Dua lori 15 ton boleh lalu serentak dari arah bertentangan di atas jambatan tanpa ada keraguan. Sekian dan harap maklum. Chill Apr 20th 2009 Salam Datuk. Datuk, ada pihak mengkhabarkan bahawa projek pembinaan jambatan konkrit di beberapa kawasan di Tawau itu sebenarnya sudah lama. Mereka minta agar Tawaukini berjumpa dengan ‘pihak-pihak tertentu’ bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara ini. Mereka mengatakan bahawa kontraktor yang terbabit telahpun membuat tuntutan (claim), tetapi jambatannya tidak siap. Di satu kawasan yang lain, ada juga jambatan yang sudah siap tetapi tidak menepati spec kerja mengakibatkan jambatan itu dikhabarkan sudah dalam keadaan ‘mereng’ (unbalance) dan menyebabkan bahaya. Persoalannya di sini, jika benar hal tersebut berlaku, bagaimanakah kontraktor berkenaan boleh membuat tuntutan sedangkan kerja-kerja yang dilakukan belum sempurna? Persoalannya lagi, adakah benar hal ini berlaku? (Tawaukini sendiri belum berkesempatan membuat tinjuan yang lebih terperinci). Jika benar, apa pandangan Datuk? DUN APAS Apr 20th 2009 Salam Chill, Saya perlukan perincian nama dan lokasi jambatan yang di maksudkan agar saya dapat mengenal-pasti sebab-musabab permasaalahan yang timbul. Berkenaan jambatan kuala sungai Apas, tarikh siap sepatutnya Oktober 2008, namun kontraktor terbabit terlewat menyiapkan kerjanya di sebabkan masaalah teknikal serta tuntutan tuan tanah di lokasi jambatan tersebut. Setakat ini pembayaran projek tersebut adalah berdasarkan laporan prestasi kerja dan bayaran sepenuhnya akan hanya di jelaskan apabila kontraktor menyiapkan jambatan baru tersebut, di tolak 5 peratus sebagai bon jaminan yang boleh di tuntut selepas tamat tempoh jaminan. Chill Apr 20th 2009 Wa’alaikumsalam Datuk. Terima kasih atas penerangan pantas daripada Datuk Tentang perincian tu, nanti saya akan maklumkan kepada Datuk secara in-person ya. Siap dengan laporan penuh dan gambar lokasi. Terima kasih sekali lagi kepada Datuk. DUN APAS Apr 20th 2009 Terima kasih kembali Chill. Wassalam Batuladung Apr 20th 2009 Tima kasik Datuk d atas keperihatinan Datuk..kami chatters d tawaukini b,harap sgt2 Datuk Dapat merubah p,bndaran tawau agr lbh maju dan d kenali…tima kasi skali lg… kucingan Apr 20th 2009 SAMA-SAMA…, DUN APAS Apr 20th 2009 Batuladung, saya juga ucap terima kasih atas komen serta kritikan membina dari anda dan teman-teman yang lain. Sudah pasti saya akan terus berusaha memajukan Tawau dan merasa teruja dengan sokongan serta kerjasama anda semua. Mari bersama kita merubah minda, mentaliti serta sikap Orang Kita di Tawau agar kemajuan Fizikal dan Infrasruktur yang di idam2kan akan di iringi pembentukan Minda Kelas Pertama masyarakat Tawau yang tercinta. ahmaddon91 Apr 20th 2009 marilah bersama - sama kita mengusahakannya… kucingan Apr 20th 2009 Ya Datuk.,kami wakil dari sebilangan rakyat Tawau menyokong,perjuangan yang Datuk lakukan demi kemajuan Tawau. DUN APAS Apr 20th 2009 Terima kasih Kucingan, sokongan anda sangat di hargai dan teruskan teguran serta ingatan anda kepada saya demi kebaikan kita bersama dan masyarakat Tawau… girl_68 Apr 21st 2009 go tawau go…. br berani mcelah…:) Gan chee chan Apr 21st 2009 YB DUN APAS;saya hargai kerja keras anda dan sememangnya YB adalah pemimpin terbaik di Tawau pada masa ini.Walaupun kita tidak sehaluan dlm politik tetapi matlamat kita adalah sama iaitu membangun Daerah Tawau dan menjaga keharmonian serta perpaduan kaum yang erat.Untuk maklumat YB saya skrg menyertai PKR Tawau dan menyandang Setiausaha Bahagian dan menjadi pengerusi penyelaras DUN Sri Tanjung.Saya berharap kita dapat bekerjasama walaupun berlainan fahaman politik.Saya masih di hilltop dan menjalankan perniagaan di tempat biasa.Good Luck and All The Best Datuk………………harap kita tidak bertembung di D.U.N APAS. Raihan Apr 23rd 2009 Salam untuk semua, Secara teknikal dan umum pandangan saya , berikut adalah faktor penyebab terjadinya banjir kilat pada 25 Mac 2009:- Faktor Utama. 1. Hilir Sg. Tawau yang cetek dan sempit - merupakan ‘outlet’ utama bagi ‘catchment’ untuk sg. tawau (bermula dari Table - 80% air sungai dilencongkan ke pasir putih) dan parit-parit monson seperti dari kawasan Sin On dan Air Panas (100% air keluar ke bt2) 2. Air Pasang besar - 3m lebih 3. Kuantiti Air hujan yang banyak - luarbiasa (walaupun hujan 2-3 jam sahaja-kuasa Allah) 4. Pembangunan yang pesat sejak 20 tahun lalu disekitar lembangan sg. Tawau, pembukaan ladang-ladang kelapa sawait, Taman-taman perumahan dan industri (air permukaan semakin bertambah) Faktor Sampingan 1. Pembuangan sampah sarap kedalam Sg. Tawau dan parit (sikap orang kita) 2. Pembinaan rumah ditebing sg. Tawau terutamnya di bt.2 dan Kg. Titingan (menyekat kelancaran air sungai, so jadi sempit dan cetek lah) So, banjir kilat berlaku disebabkan hilir sg.Tawau tidak dapat menampung kapasiti air hujan pada masa itu menyebabkan berlaku limpahan air dari sg. tawau ke sekitar kg-kg bt1, bt2 dan limpahan air dari parit monson ke taman-taman perumahan di Sin Onn. Pembesaraan sg.Tawau merupakan faktor utama jalan penyelesaian mengurangan kejadian banjir kilat ini. Muda-mudahan terbukalah hati org-org di KL nun utk meluluskan projek Tebatan banjir ini kelak Untuk YB - Saya kagum dengan sikap keperhatian YB yang masih ada masa untuk mejelaskan dan menjawab terhadap perkara ini (diruang ini). Semoga perjalanan politik YB maju sentiasa. wasalam. Gan chee chan Apr 24th 2009 Raihan…tq atas penerangan anda…apa cadangasn saudara untuk mengatasi banjir? kucingan Apr 24th 2009 Trima kasih infonya.., Raihan perknlkan dri., kerja jabatan geologi ka.. Leave a Reply Name (required) Mail (required) Website Register Log in Entries RSS Comments RSS WordPress.org INFO Sukacita dimaklumkan bahawa rangkaian laman sesawang Tawaukini - Pencetus Minda Anda, di sini dan sini, telah dilancarkan secara rasmi oleh YBM Dato' Seri Syed Hamid Albar, Menteri Dalam Negeri, pada 9 Februari 2009, di Oditorium Perpustakaan Wilayah Tawau. BLOG PEMIMPIN YB Datuk Tawfiq Datuk SP Abu Bakar Titingan YB Datuk Tawfiq Datuk SP Abu Bakar Titingan YB Jimmy Wong YB Pang Yuk Ming WARKAH PEMBACA **Untuk Admin Tawaukini** **Untuk Wakil Rakyat** PENGIKLAN Klik pada logo. ZON INTERAKTIF KATEGORI ENTRI TERKINI Langkah Pembaharuan Terhadap Ruang Komen WARKAH DARIPADA PEMBACA 1: Masalah Pengangguran Graduan Penganjuran Pesta Regatta Lepa Wajar Dipertingkatkan Dua Kebakaran dalam Tempoh Kurang 24 Jam PENGUMUMAN: Warkah Daripada Pembaca KKT Diseru Giat Buka Peluang untuk Masyarakat Datuk Nasir Terima Lawatan Parangkang Tawau Hampir Bolot Kesemua Gelaran Juara ISU SAMPAH: Dari Meja The Reporter Tebatan Sungai Perlu untuk Elak Banjir Tiga Pengawal Keselamatan Ditahan, MyKad dan Lesen Palsu Dirampas Tahniah kepada Komentor TawauKini! PGMT Patahkan Cubaan Seludup Keluar Barang Kawalan SMK Kunak Bakal Cipta Rekod Malaysia. SILA BACA… KOMEN TERKINI kucingan on Langkah Pembaharuan Terhadap Ruang Komen kucingan on Tebatan Sungai Perlu untuk Elak Banjir kucingan on Zon Borak achok on Zon Borak Gan chee chan on Tebatan Sungai Perlu untuk Elak Banjir Admin on Langkah Pembaharuan Terhadap Ruang Komen Gan chee chan on Langkah Pembaharuan Terhadap Ruang Komen Chill (The Writer) on Langkah Pembaharuan Terhadap Ruang Komen farock bukan nama sebenar on Langkah Pembaharuan Terhadap Ruang Komen Batuladung on Langkah Pembaharuan Terhadap Ruang Komen 10 KOMENTOR TERAKTIF Gan chee chan (413) FAROCK bukan nam ... (398) kucingan (355) Ladang sawit (243) ahmaddon91 (204) Batuladung (197) girl_68 (129) tawauku (116) Chill (81) achok (75) TETAMU 4 Users Online Users: girl_68, 3 Guests Powered by Wordpress Slidingdoor theme by Wayne .. ops! ada ADUN apas ndak perasan plak.. Parock... N Raihan/// welcome 2 tawaukini.com & Thankz.. kerana sudi bagi info2 & pendapat yb bersama2 kami di sini. dlm keadaan tidak FORMAL. keprihatinan YB mengunjungi Penduduk alam maya TAWAU dpt memabantu memecahkan apa yg tersirat dan tersurat di sebalik nama/ khabar-khabar angin. intronya dulu,, gue nak moon maaf dulu, pastinya ada komen-komen gue di sini yg tidak selesa di baca oleh Yb. anggap jakla itu bualan org kampung yg berpendidikan rendah. . saya adalah orang awam tawau & tidak terikat dgn mana-mana... bolehla di klasifikasikan sebagai Pengundi atas pagar. cuma buat masa nie.. sy mula bpikir.. tentang.. m asa depan dan hala tuju daerah tawauku isinya tiada angin dan pengetahuan sendiri utk mengundi "farock" adalah pengundi atas pagar sekali lagi... dgn rendah diri sya nak Minta MaaF,, atas kekasaran dan komen-komen yg bermula nama "FAROCK BUKAN NAMA SEBENAR." k.. saya adalah seorang tidak terikat dgn mana-mana... pihak dan dlm politik.. Saya adalah pengundi ATAS PAGAR berpandukan khabar angin dan pengetahuan sendiri utk mengundi isinya. gue amat GUMBira dengan kehadiran YB nie... kita sama2 manusia.. tidak lari dari melakukan kesilapan.. Kerajaan pertama Sabah ialah Parti Perikatan dari tahun 1963 hingga 1967, diikuti Pertubuhan Kebangsaan Bersatu Sabah (USNO 1967-76), Berjaya (1976-1985), Parti Bersatu Sabah (PBS 1985-1994) dan BN (1994 hingga kini). i Terima kasih.. 2 Adun Apas.. kerana s